Archive for January, 2010

Let’s join us!!!

assalamualaikum and hi everyone,

Let’s join this event. a lot of things you can gain

details of this event

Date       : 3rd February 2010

Time      : 2.00pm- 4.30 pm

Place     : Undercroft Seminar Room, Universiti Teknologi Petronas

you will get some goodies from the sponsor and free medical check up at the end of this event.

let’s join this for our own benefit. if you are interested or any inquiries just contact me at

019-5178408 or pm me at asumanchan@gmail.com before 31st January 2010.

tanx

” kerana dirimu begitu berharga”

Advertisements

IPTA vs IPTS…

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera,

“KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi akan memperkenalkan langkah tertentu untuk memantau kualiti semua universiti dan kolej universiti swasta di negara ini supaya memenuhi piawaian Kerangka Kelayakan Malaysia bermula tahun ini, manakala bagi kolej swasta pada 2013.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya mahu tahap kualiti yang ditekankan terhadap institusi pengajian tinggi awam (IPTA) selama ini turut dilaksana pada peringkat IPT swasta (IPTS) dalam usaha melonjakkan peranan dan sumbangan IPTS dalam sektor pengajian tinggi negara.”

                                  (http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Nasional/20100126004152/Article/index_htm)

 

Siswi hanya mampu tersenyum selepas membaca artikel ini. Timbul pelbagai persoalan dalam diri ini. Apakah selama ini pencapaian pelajar IPTS tidak mencapai piawai pendidikan Negara? Di manakah tahap sebenarnya pelajar IPTS?

Namun begitu, bagi phak siswi personally merasakan tindakan ini sangat wajar dilakukan untuk meningkatkan kebersamaan bagi kedua-dua belah pihak. Apa yang siswi peroleh dari pemerhatuan siswi sendiri, mahasiswa/I di IPTA lebih ke hadapan dalam menyuarakan pendapat dan hak mereka sebagai pelajar. maksud kata pendapat sahabat-sahabat dari sebelah sana lebih didengari dan diambil kira bukan sahaja dari pihak management university bahkan kerajaan sendiri. Pengajian tinggi adala institusi yang menyediakan pelajar untuk mendepani hari yang akan datang dan menyediakan individu yang mantap mental dan fizikal bagi meneruskan tampuk kepimpinan Negara.

Bukan bermaksud mahasiswa IPTS tidak berbakat atau berkaliber tetapi mungkin tiada platform untuk mereka berbuat sedemikian. Pemikiran mahasiswa telah diasuh untuk belajar dan hanya mendapat keputusan cemerlang tetapi tidak dari sudut lain. Siswi tidak mengatakan salah untuk belajar tetapi perlu bijak dalam meyeimbangkan antara belajar dan aktiviti social yang sedikit sebanyak membantu meningkatkan ‘communication skills’.   Apa yang siswi dapat dari subjek PCS( Professional Communication Skills) daripada kajian yang telah dibuat perkara yang pertama yang dilihat dari sesi interview adalah  ‘communication skills’ dan pencapaian akademik adalah yang ke 12. Siswi pinjam kata Dr Zulqarnain pensyarah subjek PCS, ini bukan bermaksud saya suruh awak tidak belajar selepas ini dan bersosial sepanjang masa, tetapi bagi ruang itu untuk development diri.

Kata- kata  Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Kemeterian Pengajian Tinggi,

“….sektor swasta tidak lagi dilihat sebagai pesaing, sebaliknya ia menjadi pelengkap mengharmoni industri, tidak hanya terhad dalam memperluas rangkaian dan meningkat ekuiti pengajian tinggi negara malah berperanan secara khusus membantu meningkat pendemokrasian pengajian tinggi tempatan.”

Sekadar perkongsian dari siswi

Bantah???

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

“PETALING JAYA, Jan 11 — Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi (Bantah) mahu membuat aduan kepada pertubuhan hak asasi manusia tempatan dan antarabangsa jika pusat-pusat pengajian tinggi awam meneruskan sistem pengundian elektronik (e-undi) semasa pilihan raya kampus kali ini, yang diadakan secara berperingkat-peringkat mulai minggu ini. Jika usaha-usaha itu tidak juga berhasil manakala Kementerian Pengajian Tinggi tetap dengan pendiriannya, Pengerusi Bantah Mohd Aizat Mohd Salleh berkata mereka akan memobilasi ribuan mahasiswa untuk turun ke jalan raya berdemonstrasi sebagai jalan terakhir. Setakat ini hanya dua universiti awam telah mengambil pendirian tidak menggunakan sistem e-undi dalam pilihan raya kampus….”

           (http://mahasiswakini.com/2010/01/11/pemimpin-pelajar-ipta-beri-amaran-demo-jika-e-undi-diteruskan/)

E-voting? Siswi sendiri hairan pada awalnya kenapa Bantah atau Gabungan Mahasiswa Bantah E-undi ni menolak tindakan ni. Kalau dilihat dari fizikalnya bagus sebab Malaysia sudah mula mengorak langkah untuk maju setapak dengan menaiktarafkan system yang sedia ada.

 Namun, dari satu sudut yang lain, E-undi diragui kesahihannya. Apa yang siswi dapat dari bacaan tentang E-voting, tindakan ini akan menggugat atau sistem demokrasi pelajar dari sudut akademik dan kepimpinan akan diragui. Tindakan ini mungkin akan mengundang tindakan yang tidak wajar dari pihak yang bertanggungjawab. Pesan siswi kepada semua, terima atau tolak tindakan ini terletak pada anda. Tapi bijaklah dalam memilih.

Siswi tidak mahu komen panjang tentang perkara ni sebab siswi pun tak jelas dengan pelaksanaan sebenar E- voting. Atau mungkin UTP tidak terkesan dengan tindakan ni? Things to ponder… apa yang siswi Nampak UTP sangat berada di zon selesa. Sangat jauh untuk dibandigkan dengan kampus-kampus yang berada di lembah Klang. Mungkin kerana dari sudut geografinya kedudukan kita sangat jauh dari kampus lain..atau mungkin juga kerana kita IPTS mendapat biasiswa yang tetap setiap bulan menyebabkan terlepas pandang akan isu-isu besar yang kalau terus dibiarkan akan menjadi sebab kejatuhan negara.

 Sekadar perkongsian.

 http://mahasiswakini.com/2009/10/20/smm-bantah-masih-%e2%80%98bagi-chance%e2%80%99-pada-menteri-hantar-assignment/

 http://mahasiswakini.com/2009/10/18/isu-e-undi-berdebat-jika-khaled-masih-%e2%80%98tidur-tidur%e2%80%99/