Sudah sekian lama Siswi tidak menulis di ruangan ini. Bukan masa yang perlu disalahkan tapi diri yang tidak bijak menguruskannya. Semakin hari semakin banyak benda yang berlaku di seluruh dunia dan akan terus berlaku hinggalah suatu masa iaitu Kiamat.

Siswi ingin berkongsi suatu cerita untuk direnungkan bersama.

” Di sebuah kampung tinggallah seorang gadis yang cantik dan rupawan bersama lima orang abangnya A,B,C,D dan E. Kelima beradik ini dikenali di sluruh pelusuk kampung dengan kehebatan fisik yang tiada tolok bandingnya. Setiap yang mencuba akan pasti dikalahkan dengan mudah oleh mereka.

Pada suatu hari keenam beradik ini, si gadis A,B,C, D dan E keluar untuk tujuan berniaga. Tiba-tiba di dalam perjalanan mereka menuju ke destinasi mereka diserang oleh segerombolan penjahat yang dilengkapi dengan senjata. Si gadis telah ditawan oleh penjahat-penjahat dan dalam tangisan si gadis menjerit meminta bantuan daripada abang-abang yang gagah.

” Buatlah sesuatu untukku!!’ pinta si gadis.

A berkata” Kita perlu lakukan sesuatu.” Berbincanglah si abang-abang sedangkan adik menjerit kesakitan.

Selepas seketika, A,B,C,D dan E mendapat satu keputusan. A mengangkat kain yang bertulis,” Hai penjahat, hentikanlah tindakan mu.” Penjahat tersenyum dan meneruskan keganasan kepada gadis tersebut.

Si gadis menjerit lagi, tetapi kali ini suara semakin perlahan.” Abangku lakukan sesuatu, aku kesakitan.”

Si abang-abang yang gagah duduk berbincang lagi dan satu resolusi baru dibuat.

Sekali lagi kain diangkat dan bertulis,” Hentikan tindakanmu penjahat!!”

Sekali lagi, penjahat tersenyum dan teruskan keganasan.

si gadis akhirnya mati di kala abang-abang yang dikatakan gagah, berbincang untuk menyelamatkannya.”

Begitulah hakikat yang berlaku di dunia kini.Gadis adalah bumi Palestin yang kian ditindas dari ke hari, si abang yang gagah negara-negara islam lain dan penjahat adalah laknatullah Israel.

Pelbagai persoalan yang timbul dan akan kekal persoalan andai sikap yang sama diambil oleh semua pihak.

Sampai bilakah Palestin akan ditindas? Sampai bilakah Zionis laknatullah terus menindas? Sampai bilakah kita terus beresolusi itu dan ini? Sampai bilakah dan bilakah……

Baru-baru ini dunia dikejutkan oleh serangan Israel ke atas Flotilla yang membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke bumi Gaza dan kecaman demi kecaman diterima oleh pihak Israel. namun adakah kecaman tersebut berkesan kepada mereka? Adakah dengan kecaman yang dilakukan mereka akan berhenti? Wahai manusia, sesungguhnya yahudi tidak akan pernah berpuas hati dengan keislamanmu selagi mana kita tidak menurutinya sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Baqarah:120.

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidaka akan rela kepadamu( Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya.” dan jika engkau mengikuti keinginnan mereka setelah ilmu kebenaran sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.”

sekian coretan kali ini.