Archive for December, 2010

MALAYSIA oh tanah airku…

“ Aku paling geram kalau penduduk FELDA menyokong PAS(parti pembangkang). Kerajaan dah beri banyak benda untuk majukan mereka. Memang tidak sedar diuntung.” Kata- kata seorang mak cikku ketika berbual dengan keluargaku.

Aku bukanlah mereka yang update dengan keadaan politik semasa.Cuma melontarkan idea sebagai seorang rakyat . Sepanjang pengamatanku, kerajaan sinonim dengan Barisan Nasional dan sebaliknya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Apakah itu kesan daripada politik Malaysia yang sentiasa stabil dan tidak pernah tumpas di pihak pembangkang? Adakah ini suatu fenomena yang sihat? Bukankah keadaan ini akan meletakkan kerajaan dalam comfort zone yang meletakkan rakyat sebagai sekunder dan bukan lagi yang diutamakan?

Aku inginkan kerajaan seperti di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz di mana tiada kemiskinan yang berlaku di zaman itu. Hinggakan mereka mencari-cari siapa yang boleh menerima zakat mereka kerana tiada siapa yang layak dan mahu menerimanya. Sebaliknya berlaku di zaman ini, masyarakat terkejar-kejar untuk menerima walaupun tidak layak. Bukankah hikam ada mengatakan tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima.

Lihat pula kepada pemimpinnya Khalifah Umar Abdul Aziz. Dikhabarkan ketika anak beliau masuk menemuinya di pejabat, ditanyakan apakah tujuan anaknya menemui beliau. Apabila dikatakan atas urusan keluarga api di bilik itu dipadamkan dengan alasan lampu itu milik kerajaan dan bukan untuk keluarganya. Beliau tidak akan membenarkan walau setitik rezeki yang haram untuk keluarganya. Begitulah kehebatan peribadi beliau. Bagaimana dengan pemimpin di masa kini, rasuah menjadi suatu yang kebiasaan. Bagaimana mungkin, zaman itu bakal dirasakan oleh bumi Malaysia.

Masyarakat perlu sedar walaupun diberi sebanyak mana kemewahan dan kemajuan oleh kerajaan yang sedia ada, itu adalh sebagai satu amanah untuk mereka dan hak kita sebagai rakyat. Kita perlu celik minda dan hati dalam memilih kerjaan yang bakal meminpin kita. Aku tidak katakan kerajaan sedia ada salah atau sebaliknya. Terpulang kepada individu dalam menentukan. Tetapi adillah dalam menghukum. Jangan hanya menilai dari sebelah pihak dan menghukum sepihak lagi. Sudah tiba Malaysia perlu dipimpin oleh mereka yang selayaknya. dan semua itu terletak pada kita sebagai rakyatnya.

Bandingkan epal dengan epal.. Ayuh berubah!!

Advertisements

Hidup dan Game??

Assalamualaikum,

Sudah sekian lamanya Siswi tidak menulis. Tiba-tiba hati melonjak-lonjak untuk menulis…Apa kaitan hidup dan game.



Jackpot game

Pernah bermain game ini????!!!!

Bagi yang tidak pernah bermain game ini, pemain dikehendaki untuk menyusun 3 bentuk yang sama dan mengumpul sebanyak mana mata mengikut masa yang ditetapkan. Setiap peningkatan level ,masa yang diberikan akan semakin berkurangan.

Dan untuk mendapatkan mata yang lebih pemain perlu mendapatkan 3 bentuk yang sama dan salah satu daripadanya perlu memiliki tanda kilat.

Dalam siswi asyik bermain, siswi dapati banyak kaitannya game dan kehidupan. Untuk bermain kita mempunyai 2 pilihan.

1) Untuk terus bermain ke level yang seterusnya ATAU

2) Untuk mendapatkan mata yang banyak Semuanya terletak kepada pemain.

Tetapi andaikata pemain mampu melakukan kedua-duanya adalah sebaiknya. Namun dalam pegamatan siswi sepanjang bermain, ada masanya kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk sesuatu. Bergantung kepada pilihan pemain( 1 atau 2). Begitulah dengan kehidupan, sepanjang kita menjalani kehidupan banyak pilihan yang harus dipilih bergantung kepada individu dalam memilih. Allah berfirman dalam surah Asy-Syams:

“ Sungguh Allah mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang mensucikannya( jiwa itu). Dan sungguh merugi orang yang mengotorinya.”

(Surah Asy-Syams: 8-10)

Tepuk dada tanya iman..

Kadang- kadang kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk sesuatu. Tidak semua yang kita impikan akan menjadi milk kita. Itulah pengorbanan dan risiko yang pelu diambil apabila kita digelar manusia.

“…Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengatahui sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah Al Baqarah: 216)

Perkara yang kedua yang siswi dapat daripada game ini ialah, perlu sentiasa tenang dalam menghadapi keadaan yang kritikal di mana masa sangat mengejar untuk kita menyusun bentuk. Jiwa perlu kuat usaha sehingga ke saat terakhir, kerana kadang-kadang pada saat terakhir kita akan berjumpa dengan ilham tersebut…

Begitulah kehidupan, hidup tidak boleh cepat mengalah, harus terus berusaha dan berusaha hinggalah ke saat terakhir. Selebihnya letakkan kebergantungan kepada Allah untuk keputusannya. Kalau itu sudah menjadi rezeki kita InsyaAllah ia akan menjadi milik kita dan sebaliknya… Yakinlah pada qada’ dan qadar Allah. Bergantung 100% perlu pada Nya.

Seterusnya, apa yang siswi dapat daripada game ini ialah, berani untuk bermain lagi tetapi pastikan kita perlu perbaiki langakah permainan kita dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Juga seperti kehidupan, gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Terus bangkit dari kesilapan yang lampau dan bukannya terus meratapi kesilapan itu. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Apa yang mampu kita lakukan adalah tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Saidina Umar pernah berkata:

“ Beruntunglah bagi mereka yang hari ini lebih baik dari semalam, rugi bagi mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, dan celaka bagi mereka yang hari ini lebih buruk dari semalam”

Fikir-fikirkanlah.. Nasihat buat diri siswi dan semua insan yang bergelar manusia…. Surah Al Ashr:1-3

Ayuh berubah untuk menjadi insan yang beruntung seperti Bidalan dari Saidina Umar.

Sekian buat kali ini…