“ Aku paling geram kalau penduduk FELDA menyokong PAS(parti pembangkang). Kerajaan dah beri banyak benda untuk majukan mereka. Memang tidak sedar diuntung.” Kata- kata seorang mak cikku ketika berbual dengan keluargaku.

Aku bukanlah mereka yang update dengan keadaan politik semasa.Cuma melontarkan idea sebagai seorang rakyat . Sepanjang pengamatanku, kerajaan sinonim dengan Barisan Nasional dan sebaliknya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Apakah itu kesan daripada politik Malaysia yang sentiasa stabil dan tidak pernah tumpas di pihak pembangkang? Adakah ini suatu fenomena yang sihat? Bukankah keadaan ini akan meletakkan kerajaan dalam comfort zone yang meletakkan rakyat sebagai sekunder dan bukan lagi yang diutamakan?

Aku inginkan kerajaan seperti di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz di mana tiada kemiskinan yang berlaku di zaman itu. Hinggakan mereka mencari-cari siapa yang boleh menerima zakat mereka kerana tiada siapa yang layak dan mahu menerimanya. Sebaliknya berlaku di zaman ini, masyarakat terkejar-kejar untuk menerima walaupun tidak layak. Bukankah hikam ada mengatakan tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima.

Lihat pula kepada pemimpinnya Khalifah Umar Abdul Aziz. Dikhabarkan ketika anak beliau masuk menemuinya di pejabat, ditanyakan apakah tujuan anaknya menemui beliau. Apabila dikatakan atas urusan keluarga api di bilik itu dipadamkan dengan alasan lampu itu milik kerajaan dan bukan untuk keluarganya. Beliau tidak akan membenarkan walau setitik rezeki yang haram untuk keluarganya. Begitulah kehebatan peribadi beliau. Bagaimana dengan pemimpin di masa kini, rasuah menjadi suatu yang kebiasaan. Bagaimana mungkin, zaman itu bakal dirasakan oleh bumi Malaysia.

Masyarakat perlu sedar walaupun diberi sebanyak mana kemewahan dan kemajuan oleh kerajaan yang sedia ada, itu adalh sebagai satu amanah untuk mereka dan hak kita sebagai rakyat. Kita perlu celik minda dan hati dalam memilih kerjaan yang bakal meminpin kita. Aku tidak katakan kerajaan sedia ada salah atau sebaliknya. Terpulang kepada individu dalam menentukan. Tetapi adillah dalam menghukum. Jangan hanya menilai dari sebelah pihak dan menghukum sepihak lagi. Sudah tiba Malaysia perlu dipimpin oleh mereka yang selayaknya. dan semua itu terletak pada kita sebagai rakyatnya.

Bandingkan epal dengan epal.. Ayuh berubah!!

Advertisements