Archive for January, 2011

Retorik Perjuangan MAHASISWA: Salah Siapa???

InsyaAllah artikel ini, aku sekadar copy n paste dari blog seorang sahabat… Penulisan yang menarik bagiku dan penting untuk disampaikan kepada kalian.. 🙂

“Artikel ini adalah berdasarkan penghayatan penulis terhadap senario yang acapkali dihadapi oleh mahasiswa. 

Kita sering dengan perkataan seperti kebangkitan, revolusi, rebranding dan pelbagai lagi perkataan-perkataan yang mengambarkan tentang suatu perubahan yang perlu dilakukan ke arah pembaikan.

Bilamana perkataan ini dikaitkan dengan perjuangan mahasiswa di kampus ianya menjadi seakan perkataan yang retorik. Tidak kira di peringkat tertinggi kepimpinan mahasiswa hingga ke peringkat bawahan.

Mengapa?

Persoalan yang perlu dijawab oleh anda sendiri. Kita sering membangkitkan di dalam mesyuarat, usrah, perbualan-perbualan mahupun presentation bahawa adalah menjadi suatu yang sangat penting untuk kita mengetahui isu-isu semasa. Isu semasa dikatakan perkara asas untuk kita tahu supaya kita tidak tenggelam dengan arus perdana yang membawa dakyah.

Namun sebanyak mana yang bertanya itu tahu tentang isu semasa yang berlaku di sekitar kampus. Untuk kita mengetahui isu semasa yang berlaku di luar universiti adalah satu perkara yang sangat baik namun terdapat segelintir mahasiswa yang terus melupakan perjuangan dakwah mereka di kampus.

Seolah-olah mereka meletakkan diri mereka jauh lebih penting untuk berperang di lingkungan perang yang luar dari kuasa mereka dan akhirnya menjadikan perjuangan di kampus adalah bersifat estetika. Kemudian di sekitar mereka menjadi lebih teruk. Jangan lupa bahawa jika masyarakat di sekeliling teruk akhlaknya, maka ia akan menjadi penyumbang yang lebih besar apabila sudah bergraduasi nanti dan menjadi penerus kepada perosak di dalam komuniti.

Badan-badan kepimpinan Mahasiswa yang menjadi wadah untuk menegakkan yang Haq di kampus berusaha memperjuangkan perubahan di kalangan mahasiswa tanpa mendapat overall support dari rakan sekeliling.

Inilah yang menjadikan perjuangan mahasiswa sekadar tinggal semangat dan hilang punca. Kesedaran tidak dapat disamaratakan dengan generasi sezaman.

Check and balance dan details investigation diperlukan supaya sumbu yang dipasang tepat arahnya.

Sekadar menunggu Gurun Sahara menjadi padang rumput tidak akan bisa terjadi tanpa sunnah alam yang memerlukan usaha ke arahnya melainkan dengan kuasaNya.”

Advertisements

Politik=Hidup????

Anwar berkhalwat? Menteri digantung dari parlimen? Menteri tidak turun membantu rakyat? etc…. Semakin banyak isu yang dibincangkan dan tidak akan habis dibincangkan. Politik? Ya politik sana sini. Kadang-kadang, apa yang aku lihat politik adalah segala-galanya bagi masyarakat sekitar( my family :)). Kalau kita buat persamaan lebih kurang;

Politik=Hidup

Warna pun boleh dijadikan isu. Lawak jika difikirkan. Bertengkar hanya kerana warna.

Bukan aku menolak politik cuma, kadang-kadang rimas mendengar dan melihat gelagat yang mungkin keanak-anakan dalam menerima politik.

Politik hanya sub kepada hehidupan. Jangan kerana politik silaturahim diputuskan. Jangan kerana politik fitnah berleluasa. Jadikan quran dan sunnah sebagai pegangan barulah hidup aman.

Rasulullah pernah bersabda:

“Aku telah meninggalkan dua perkara kepada anda, selama anda berpegang teguh kepada keduanya anda tidak akan tersesat; Kitab Allah,dan Sunnah“.

[Sahih at-Targhib]…

Muhasabah Politik…

Islam=Hidup=Politik+Sosial+Ekonomi+…

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK…SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Assalamualaikum…

Sharing dari seorang sahabat ..

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. ”Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain. Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!