InsyaAllah artikel ini, aku sekadar copy n paste dari blog seorang sahabat… Penulisan yang menarik bagiku dan penting untuk disampaikan kepada kalian.. 🙂

“Artikel ini adalah berdasarkan penghayatan penulis terhadap senario yang acapkali dihadapi oleh mahasiswa. 

Kita sering dengan perkataan seperti kebangkitan, revolusi, rebranding dan pelbagai lagi perkataan-perkataan yang mengambarkan tentang suatu perubahan yang perlu dilakukan ke arah pembaikan.

Bilamana perkataan ini dikaitkan dengan perjuangan mahasiswa di kampus ianya menjadi seakan perkataan yang retorik. Tidak kira di peringkat tertinggi kepimpinan mahasiswa hingga ke peringkat bawahan.

Mengapa?

Persoalan yang perlu dijawab oleh anda sendiri. Kita sering membangkitkan di dalam mesyuarat, usrah, perbualan-perbualan mahupun presentation bahawa adalah menjadi suatu yang sangat penting untuk kita mengetahui isu-isu semasa. Isu semasa dikatakan perkara asas untuk kita tahu supaya kita tidak tenggelam dengan arus perdana yang membawa dakyah.

Namun sebanyak mana yang bertanya itu tahu tentang isu semasa yang berlaku di sekitar kampus. Untuk kita mengetahui isu semasa yang berlaku di luar universiti adalah satu perkara yang sangat baik namun terdapat segelintir mahasiswa yang terus melupakan perjuangan dakwah mereka di kampus.

Seolah-olah mereka meletakkan diri mereka jauh lebih penting untuk berperang di lingkungan perang yang luar dari kuasa mereka dan akhirnya menjadikan perjuangan di kampus adalah bersifat estetika. Kemudian di sekitar mereka menjadi lebih teruk. Jangan lupa bahawa jika masyarakat di sekeliling teruk akhlaknya, maka ia akan menjadi penyumbang yang lebih besar apabila sudah bergraduasi nanti dan menjadi penerus kepada perosak di dalam komuniti.

Badan-badan kepimpinan Mahasiswa yang menjadi wadah untuk menegakkan yang Haq di kampus berusaha memperjuangkan perubahan di kalangan mahasiswa tanpa mendapat overall support dari rakan sekeliling.

Inilah yang menjadikan perjuangan mahasiswa sekadar tinggal semangat dan hilang punca. Kesedaran tidak dapat disamaratakan dengan generasi sezaman.

Check and balance dan details investigation diperlukan supaya sumbu yang dipasang tepat arahnya.

Sekadar menunggu Gurun Sahara menjadi padang rumput tidak akan bisa terjadi tanpa sunnah alam yang memerlukan usaha ke arahnya melainkan dengan kuasaNya.”