Retorik Perjuangan MAHASISWA: Salah Siapa???

InsyaAllah artikel ini, aku sekadar copy n paste dari blog seorang sahabat… Penulisan yang menarik bagiku dan penting untuk disampaikan kepada kalian..🙂

“Artikel ini adalah berdasarkan penghayatan penulis terhadap senario yang acapkali dihadapi oleh mahasiswa. 

Kita sering dengan perkataan seperti kebangkitan, revolusi, rebranding dan pelbagai lagi perkataan-perkataan yang mengambarkan tentang suatu perubahan yang perlu dilakukan ke arah pembaikan.

Bilamana perkataan ini dikaitkan dengan perjuangan mahasiswa di kampus ianya menjadi seakan perkataan yang retorik. Tidak kira di peringkat tertinggi kepimpinan mahasiswa hingga ke peringkat bawahan.

Mengapa?

Persoalan yang perlu dijawab oleh anda sendiri. Kita sering membangkitkan di dalam mesyuarat, usrah, perbualan-perbualan mahupun presentation bahawa adalah menjadi suatu yang sangat penting untuk kita mengetahui isu-isu semasa. Isu semasa dikatakan perkara asas untuk kita tahu supaya kita tidak tenggelam dengan arus perdana yang membawa dakyah.

Namun sebanyak mana yang bertanya itu tahu tentang isu semasa yang berlaku di sekitar kampus. Untuk kita mengetahui isu semasa yang berlaku di luar universiti adalah satu perkara yang sangat baik namun terdapat segelintir mahasiswa yang terus melupakan perjuangan dakwah mereka di kampus.

Seolah-olah mereka meletakkan diri mereka jauh lebih penting untuk berperang di lingkungan perang yang luar dari kuasa mereka dan akhirnya menjadikan perjuangan di kampus adalah bersifat estetika. Kemudian di sekitar mereka menjadi lebih teruk. Jangan lupa bahawa jika masyarakat di sekeliling teruk akhlaknya, maka ia akan menjadi penyumbang yang lebih besar apabila sudah bergraduasi nanti dan menjadi penerus kepada perosak di dalam komuniti.

Badan-badan kepimpinan Mahasiswa yang menjadi wadah untuk menegakkan yang Haq di kampus berusaha memperjuangkan perubahan di kalangan mahasiswa tanpa mendapat overall support dari rakan sekeliling.

Inilah yang menjadikan perjuangan mahasiswa sekadar tinggal semangat dan hilang punca. Kesedaran tidak dapat disamaratakan dengan generasi sezaman.

Check and balance dan details investigation diperlukan supaya sumbu yang dipasang tepat arahnya.

Sekadar menunggu Gurun Sahara menjadi padang rumput tidak akan bisa terjadi tanpa sunnah alam yang memerlukan usaha ke arahnya melainkan dengan kuasaNya.”

Politik=Hidup????

Anwar berkhalwat? Menteri digantung dari parlimen? Menteri tidak turun membantu rakyat? etc…. Semakin banyak isu yang dibincangkan dan tidak akan habis dibincangkan. Politik? Ya politik sana sini. Kadang-kadang, apa yang aku lihat politik adalah segala-galanya bagi masyarakat sekitar( my family :)). Kalau kita buat persamaan lebih kurang;

Politik=Hidup

Warna pun boleh dijadikan isu. Lawak jika difikirkan. Bertengkar hanya kerana warna.

Bukan aku menolak politik cuma, kadang-kadang rimas mendengar dan melihat gelagat yang mungkin keanak-anakan dalam menerima politik.

Politik hanya sub kepada hehidupan. Jangan kerana politik silaturahim diputuskan. Jangan kerana politik fitnah berleluasa. Jadikan quran dan sunnah sebagai pegangan barulah hidup aman.

Rasulullah pernah bersabda:

“Aku telah meninggalkan dua perkara kepada anda, selama anda berpegang teguh kepada keduanya anda tidak akan tersesat; Kitab Allah,dan Sunnah“.

[Sahih at-Targhib]…

Muhasabah Politik…

Islam=Hidup=Politik+Sosial+Ekonomi+…

KALAU PEREMPUAN TAK TAHU MEMASAK…SALAH KE?TAPI MACAM MANA KALAU LELAKI TAK BOLEH JADI IMAM???

Assalamualaikum…

Sharing dari seorang sahabat ..

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

“Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!” Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya. ”Habis sekarang kenapa tidak belajar?” Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ”Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!” Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga. Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. “Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?” Dengus teman wanita yang lain. Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa ‘queen control’. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki! 

 

MALAYSIA oh tanah airku…

“ Aku paling geram kalau penduduk FELDA menyokong PAS(parti pembangkang). Kerajaan dah beri banyak benda untuk majukan mereka. Memang tidak sedar diuntung.” Kata- kata seorang mak cikku ketika berbual dengan keluargaku.

Aku bukanlah mereka yang update dengan keadaan politik semasa.Cuma melontarkan idea sebagai seorang rakyat . Sepanjang pengamatanku, kerajaan sinonim dengan Barisan Nasional dan sebaliknya dalam kalangan masyarakat Malaysia. Apakah itu kesan daripada politik Malaysia yang sentiasa stabil dan tidak pernah tumpas di pihak pembangkang? Adakah ini suatu fenomena yang sihat? Bukankah keadaan ini akan meletakkan kerajaan dalam comfort zone yang meletakkan rakyat sebagai sekunder dan bukan lagi yang diutamakan?

Aku inginkan kerajaan seperti di zaman Khalifah Umar Abdul Aziz di mana tiada kemiskinan yang berlaku di zaman itu. Hinggakan mereka mencari-cari siapa yang boleh menerima zakat mereka kerana tiada siapa yang layak dan mahu menerimanya. Sebaliknya berlaku di zaman ini, masyarakat terkejar-kejar untuk menerima walaupun tidak layak. Bukankah hikam ada mengatakan tangan yang memberi lebih mulia dari tangan yang menerima.

Lihat pula kepada pemimpinnya Khalifah Umar Abdul Aziz. Dikhabarkan ketika anak beliau masuk menemuinya di pejabat, ditanyakan apakah tujuan anaknya menemui beliau. Apabila dikatakan atas urusan keluarga api di bilik itu dipadamkan dengan alasan lampu itu milik kerajaan dan bukan untuk keluarganya. Beliau tidak akan membenarkan walau setitik rezeki yang haram untuk keluarganya. Begitulah kehebatan peribadi beliau. Bagaimana dengan pemimpin di masa kini, rasuah menjadi suatu yang kebiasaan. Bagaimana mungkin, zaman itu bakal dirasakan oleh bumi Malaysia.

Masyarakat perlu sedar walaupun diberi sebanyak mana kemewahan dan kemajuan oleh kerajaan yang sedia ada, itu adalh sebagai satu amanah untuk mereka dan hak kita sebagai rakyat. Kita perlu celik minda dan hati dalam memilih kerjaan yang bakal meminpin kita. Aku tidak katakan kerajaan sedia ada salah atau sebaliknya. Terpulang kepada individu dalam menentukan. Tetapi adillah dalam menghukum. Jangan hanya menilai dari sebelah pihak dan menghukum sepihak lagi. Sudah tiba Malaysia perlu dipimpin oleh mereka yang selayaknya. dan semua itu terletak pada kita sebagai rakyatnya.

Bandingkan epal dengan epal.. Ayuh berubah!!

Hidup dan Game??

Assalamualaikum,

Sudah sekian lamanya Siswi tidak menulis. Tiba-tiba hati melonjak-lonjak untuk menulis…Apa kaitan hidup dan game.



Jackpot game

Pernah bermain game ini????!!!!

Bagi yang tidak pernah bermain game ini, pemain dikehendaki untuk menyusun 3 bentuk yang sama dan mengumpul sebanyak mana mata mengikut masa yang ditetapkan. Setiap peningkatan level ,masa yang diberikan akan semakin berkurangan.

Dan untuk mendapatkan mata yang lebih pemain perlu mendapatkan 3 bentuk yang sama dan salah satu daripadanya perlu memiliki tanda kilat.

Dalam siswi asyik bermain, siswi dapati banyak kaitannya game dan kehidupan. Untuk bermain kita mempunyai 2 pilihan.

1) Untuk terus bermain ke level yang seterusnya ATAU

2) Untuk mendapatkan mata yang banyak Semuanya terletak kepada pemain.

Tetapi andaikata pemain mampu melakukan kedua-duanya adalah sebaiknya. Namun dalam pegamatan siswi sepanjang bermain, ada masanya kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk sesuatu. Bergantung kepada pilihan pemain( 1 atau 2). Begitulah dengan kehidupan, sepanjang kita menjalani kehidupan banyak pilihan yang harus dipilih bergantung kepada individu dalam memilih. Allah berfirman dalam surah Asy-Syams:

“ Sungguh Allah mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang mensucikannya( jiwa itu). Dan sungguh merugi orang yang mengotorinya.”

(Surah Asy-Syams: 8-10)

Tepuk dada tanya iman..

Kadang- kadang kita terpaksa melepaskan sesuatu untuk sesuatu. Tidak semua yang kita impikan akan menjadi milk kita. Itulah pengorbanan dan risiko yang pelu diambil apabila kita digelar manusia.

“…Tetapi boleh jadi kamu tidak menyukai sesuatu padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengatahui sedang kamu tidak mengetahui.”

(Surah Al Baqarah: 216)

Perkara yang kedua yang siswi dapat daripada game ini ialah, perlu sentiasa tenang dalam menghadapi keadaan yang kritikal di mana masa sangat mengejar untuk kita menyusun bentuk. Jiwa perlu kuat usaha sehingga ke saat terakhir, kerana kadang-kadang pada saat terakhir kita akan berjumpa dengan ilham tersebut…

Begitulah kehidupan, hidup tidak boleh cepat mengalah, harus terus berusaha dan berusaha hinggalah ke saat terakhir. Selebihnya letakkan kebergantungan kepada Allah untuk keputusannya. Kalau itu sudah menjadi rezeki kita InsyaAllah ia akan menjadi milik kita dan sebaliknya… Yakinlah pada qada’ dan qadar Allah. Bergantung 100% perlu pada Nya.

Seterusnya, apa yang siswi dapat daripada game ini ialah, berani untuk bermain lagi tetapi pastikan kita perlu perbaiki langakah permainan kita dan tidak mengulangi kesilapan yang sama. Juga seperti kehidupan, gagal sekali bukan bermakna gagal buat selama-lamanya. Terus bangkit dari kesilapan yang lampau dan bukannya terus meratapi kesilapan itu. Bumi mana yang tidak ditimpa hujan. Apa yang mampu kita lakukan adalah tidak mengulangi kesalahan yang sama.

Saidina Umar pernah berkata:

“ Beruntunglah bagi mereka yang hari ini lebih baik dari semalam, rugi bagi mereka yang hari ini sama seperti hari semalam, dan celaka bagi mereka yang hari ini lebih buruk dari semalam”

Fikir-fikirkanlah.. Nasihat buat diri siswi dan semua insan yang bergelar manusia…. Surah Al Ashr:1-3

Ayuh berubah untuk menjadi insan yang beruntung seperti Bidalan dari Saidina Umar.

Sekian buat kali ini…

Sampai bilakah????

Sudah sekian lama Siswi tidak menulis di ruangan ini. Bukan masa yang perlu disalahkan tapi diri yang tidak bijak menguruskannya. Semakin hari semakin banyak benda yang berlaku di seluruh dunia dan akan terus berlaku hinggalah suatu masa iaitu Kiamat.

Siswi ingin berkongsi suatu cerita untuk direnungkan bersama.

” Di sebuah kampung tinggallah seorang gadis yang cantik dan rupawan bersama lima orang abangnya A,B,C,D dan E. Kelima beradik ini dikenali di sluruh pelusuk kampung dengan kehebatan fisik yang tiada tolok bandingnya. Setiap yang mencuba akan pasti dikalahkan dengan mudah oleh mereka.

Pada suatu hari keenam beradik ini, si gadis A,B,C, D dan E keluar untuk tujuan berniaga. Tiba-tiba di dalam perjalanan mereka menuju ke destinasi mereka diserang oleh segerombolan penjahat yang dilengkapi dengan senjata. Si gadis telah ditawan oleh penjahat-penjahat dan dalam tangisan si gadis menjerit meminta bantuan daripada abang-abang yang gagah.

” Buatlah sesuatu untukku!!’ pinta si gadis.

A berkata” Kita perlu lakukan sesuatu.” Berbincanglah si abang-abang sedangkan adik menjerit kesakitan.

Selepas seketika, A,B,C,D dan E mendapat satu keputusan. A mengangkat kain yang bertulis,” Hai penjahat, hentikanlah tindakan mu.” Penjahat tersenyum dan meneruskan keganasan kepada gadis tersebut.

Si gadis menjerit lagi, tetapi kali ini suara semakin perlahan.” Abangku lakukan sesuatu, aku kesakitan.”

Si abang-abang yang gagah duduk berbincang lagi dan satu resolusi baru dibuat.

Sekali lagi kain diangkat dan bertulis,” Hentikan tindakanmu penjahat!!”

Sekali lagi, penjahat tersenyum dan teruskan keganasan.

si gadis akhirnya mati di kala abang-abang yang dikatakan gagah, berbincang untuk menyelamatkannya.”

Begitulah hakikat yang berlaku di dunia kini.Gadis adalah bumi Palestin yang kian ditindas dari ke hari, si abang yang gagah negara-negara islam lain dan penjahat adalah laknatullah Israel.

Pelbagai persoalan yang timbul dan akan kekal persoalan andai sikap yang sama diambil oleh semua pihak.

Sampai bilakah Palestin akan ditindas? Sampai bilakah Zionis laknatullah terus menindas? Sampai bilakah kita terus beresolusi itu dan ini? Sampai bilakah dan bilakah……

Baru-baru ini dunia dikejutkan oleh serangan Israel ke atas Flotilla yang membawa bekalan makanan dan ubat-ubatan ke bumi Gaza dan kecaman demi kecaman diterima oleh pihak Israel. namun adakah kecaman tersebut berkesan kepada mereka? Adakah dengan kecaman yang dilakukan mereka akan berhenti? Wahai manusia, sesungguhnya yahudi tidak akan pernah berpuas hati dengan keislamanmu selagi mana kita tidak menurutinya sebagaimana firman Allah dalam Surah Al Baqarah:120.

“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidaka akan rela kepadamu( Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya.” dan jika engkau mengikuti keinginnan mereka setelah ilmu kebenaran sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.”

sekian coretan kali ini.

Aku dan Hiburan….

Salam bicara,

Siswi tertarik untuk membicarakan tentang hiburan dan kehidupan. Tidak dapat tidak, manusia tidak akan lari dari fitrah kejadian yang tertarik dengan sesuatu yang mendamaikan. Hiburan adalah salah satunya. Selepas menghadiri Sembang Siswa kelmarin telah membuka minda siswi terhadap hiburan.

Tertarik dengan ulasan panel-panel yang siswi kira hebat-hebat belaka dalam mengatur bicara dan mengulas tentang hiburan. Timbul satu persoalan dalam diri siswi, apakah salah hendak berhibur? Bagi siswi itu terpulang kepada individu untuk menentukannya. Setiap individu mempunyai hak dalam mengeluarkan pendapat dan prinsip masing-masing dalam menterjemahkan elemen hiburan dalam kehidupan.

Pada pandangan peribadi siswi, hiburan suatu elemen yang tidak boleh dipisahkan dari kehidupan. Umpamanya, tidak akan lengkap suatu masakan itu tanpa garam. Tetapi pengambilan garam hendaklah berpada-pada, tidak boleh terlalu banyak kerana bimbang masakan akan menjadi masin dan tidak boleh dimakan akhirnya. Bahkan tidak juga terlalu sedikit as akan kurang rasa enaknya. Tukang masak hendaklah bijak dalam mengadun kesemua bahan supaya seimbang dan akhirnya akan menghasilkan sajian yang bukan sahaja enak tetapi berkhasiat untuk tubuh badan. Begitulah hiburan dan kehidupan. Perlu bijak dalam memilih dan hiburan bukanlah segala-galanya. Hiburan hanyalah subset kepada kehidupan yang menjadi syarat kepada indanhya kehidupan.

Apabila dikatakan tentang hiburan dalam Islam, most of us will think about Raihan, Rabbani, Inteam dan semua kumpulan nasyid tanah air. Apakah nasyid itu dikatakan hiburan yang digariskan dalam Islam. Bagi siswi, hiburan dalam Islam itu pada bagaimana ia dimanifestasikan bukan pada genrenye. Ia tetap hiburan dalam Islam andaikata menepati apa yang digariskan oleh Dr Yusof Qardhawi waima genrenya rock sekalipun. Siswi hairan, masyarakat moden pada hari ini dikatakan berfikiran terbuka dan maju but then at certain point, sedar atau tidak kita masih mengamalkan pemikiran tipikal.

Konsert Jom Heboh di Kelantan yang diadakan baru-baru ini merupakan satu langkah yang berkesan dalam menterjemahkan hiburan yang sebenar. Islam bukanlah agama yang merumitkan tetatpi itu tidak bermakna we can take it easily.

Sekian dari Siswi, akhir kalam tepuk dada tnyalah iman. Andaikata masakan terlebih masin jngan disalahkan garam tetapi salahkan pemasaknya yang tidak tahu unutk menyukatnya dengan baik.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.